Tuesday, October 5, 2010

Kaler Rambut Memang Style.. Tapi Apakah Hukumnya? Jeng Jeng Jeng..


Assalamualaikum..

Mengikut info-info yang saya dapat kat internet yang serba canggih ni, terdapat berbagai pendapat dari mazhab-mazhab yg berbeza.. Tetapi ia bole dirumuskan bahawa mewarnakan rambut adalah harus bagi wanita yang bertujuan untuk kelihatan cantik di hadapan suami..so if yang belum kahwin tu wallahualam la.. Bagi kaum Adam pula, cam kami ni la kan..

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.


Mewarna rambut juga bole menyebabkan air tidak dapat melalui rambut semasa berhadas besar. Ye la, pewarna da cover rambut camne air nk kena..tul tak? Kalau mandi hadas besar da tak sah, bagaimana dengan amalan-amalan lain? So, bagi kaum Adam yang dah ter'kaler' rambut tu, silakan la untuk membotakkan rambut anda yang cantik sangat tu. Slumber je botak even muka akan jadi macam penyangak seperti gambar di sebelah ini. Kejap je tu, lepas sebulan lebih dah boleh tumbuh semula rambut yang cantik lagi menawan macam gambar yang kat bawah ni. Natural beb !! Maaf la, saya takde modal nak upah model. Tu yang guna gambar sendiri semata-mata.

So, baru la bole mandi hadas besar dengan sempurna. Ye tak? Rugi je solat 5 kali sehari semalam kalau ianya tak sah..

Jika solat yang merupakan tiang agama pun tak diterima, bagaimana pula amalan-amalan lain? ha, fikir-fikirkan la wahai sahabat. Yang baik datang dari Allah s.w.t. dan yang buruk datang dari kelemahan saya yang memang buruk ni..


1 comment: