Tuesday, October 12, 2010

My Dream Car ^_^

Wokeh, la ni ramai org suka berbicara pasal kereta.. Giler skema ayat.. Biasa la, penah jadi part time tutor untuk subjek BM dulu..hahaha. Ok stop it, melalut tak abis-abis.. Bila asyik sangat cerita pasal kereta, hatiku ini telah terbuka untuk berkongsi minat dengan u all semua. Tu yang ari ni terasa cam nak share pasal kereta idamanku.. and its not impossible it will be mine satu ari nanti..who knows, rite? Yang penting ada effort untuk mencapai apa yang dihajati..lalala~

So, jom usha-usha tengok-tengok kereta idamanku ini.. bole blah ke tak bole blah? Kereta-kereta tersebut disusun mengikut kemampuan kewangan dari masa ke semasa.. Mana la tau makin lama rezeki makin mencurah ke...insyaAllah~


Honda Civic Mugen RR

Kalau nak diikutkan la, kereta ni sangat mahal.. 2nd hand pun dalam 340k ++ .. ade 300 units je worldwide..limited beb.. tp disebabkan body Civic FD2 sebijik macam Mugen RR, so bole convert bodypart FD2 jek..baru dlm 100k ++.. so ini la next target selepas Cik CT..






Subaru Impreza WRX Sti Version 9

Nama bapak panjang..tapi kereta ni memang terbaik !! Bunyi ekzos memang tak hengat, pencemaran bunyi yang agak ketara sekali.. Kereta ni adalah kereta rali, so kalo nak masuk mana-mana ceruk pun takde hal la.. Harga dalam 200k ++ untuk yg baru..yg 2nd pun 180k ++.. Mesti awek bangga kalo duk sebelah..wawawa~
So, ni kira 2nd target la.. ;)





Mitsubishi Evolution X

Kereta ni memang best !! Garang gila beb !! Kalah jerung sepet aku.. ni da kira tahap bapak jerung da.. Ni pun kereta rali gak. Polis kat malaysia pun da pakai kereta ni, so kalo kena follow dengan polis yang pakai kereta ni jangan berangan la nak lari unless korang pakai super car.. hahaha~ Kereta ni pun cam civic gak, kalo tak cukup duit bole beli Lancer 2.0 GT convert bodypart jadi Evo X.. Baru berapa sen jek. Awek tengok pun meleleh beb... Harga dalam 300k ++.. Gaji at least 5k.. bole?





Nissan GTR 35

Favret sepanjang zaman.. Tapi tah bila kaki ni nak merasa tekan pedal minyak kereta ni tak tau la kan. Kereta ni pun da kira super car.. Da bole main dengan Kuda & Lembu tu.. tau kah anda apa itu Kuda & Lembu? haaa.. of course la Ferrari & Lambo.. Tak caya tengok la supercar punya race... Memang terbaik dari ladang !! Harga bukak dulu 700k, sekarang ni 600k ++ da dapat..2nd dalam 400k.. mampukah?



Lamborghini Murcielago

Ni kalo jadi jutawan satu ari nanti la.. Top 10 fastest cars in the world.. Memang seronok la kalo dapat merembat kereta ni.. Tapi kat Malaysia ni celah mana la nak merembat, lagi-lagi duduk KL.. So, pandai-pandai la cari port masuk highway ke mana-mana. Tak pun pegi je litar sepang.. test power kat sana...hahaha~ Harga tak sure plak. 1 million ++ kowt. Dulu uncle aku punya Ferrari pun da 1 million..dulu laaa.. So, kalo kereta gile ni lagi la mahal.. Berjanggut nk tunggu duit banyak tu even aku memang da berjanggut..waawawawa~





So, inilah kereta-kereta idamanku... Anda pula bagaimana? Sama-sama la usaha untuk dapat yg terbaik. Yang penting punca rezeki HALAL.. Sekian, Assalamulaikum~

1 comment:

  1. Kuda ada 2 bai.

    Satu kuda itali yang kau dah sebut.

    lagi satu kuda amerika. kuda yang selalu digembar-gemburkan kehebatannya di dalam movie hollywood. Van Diesel suka berlakon pakai kuda ni.

    ReplyDelete